Selamat Datang Ke Laman Blogs Pergerakan PEMUDA PBB N.68 Bukit Kota, PARLIMEN P.221 Limbang, Facebook: Pemuda PBB Limbang

Sejarah PBB

Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional di Sarawak. PBB ditubuhkan pada 30 April 1973 daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

PERUTUSAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA PBB N.68 BUKIT KOTA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan perutusan bagi Pergerakan Pemuda PBB N.68 Bukit Kota, Limbang. Besar harapan saya dalam merealisasikan harapan pemimpin No. 1 Negara untuk membentuk golongan pemuda yang berjiwa kental bagi mengharungi arus politik yang semakin mencabar pada ketika ini.

Saya percaya, pemuda-pemuda merupakan tiang Negara yang menjadi satu intipati kekuatan kerajaan dalam menongkah arus pembangunan yang semakin berkembang maju dan sekaligus membina ketamadunan bangsa Malaysia sejajar dengan misi dan visi kerajaan. Masa depan Negara bergantung peenuh kepada kualiti pemuda-pemuda dalam peelbagai aspek seperti bidang pendidikan, ekonomi, politik, keagamaan dan sosial.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya kita sebagai ahli-ahli Pergerakan Pemuda PBB N.68 Bukit Kota Limbang, menunjukkan taat setia dan sanggup berkorban bagi berkhidmat untuk agama, bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta. Inilah tuntutan kerajaan bagi menyahut cabaran kepimpinan Negara bagi mencapai segala cita-cita Negara dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, amanah dan taat setia.

Di atas bahu yang memikul, saya menyeru kepada seluruh Pergerakan Pemuda PBB N.68 Bukit Kota Limbang bersatu hati, jiwa dan raga bagi menyokong gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Presiden Parti dalam lapan nilai yang terkandung didalamnya. Namun begitu, harapan yang teramat besar Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud yang juga merupakan Yang diPertua Parti PBB bagi menyahut cabaran untuk mencapai politik pembangunan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saya amat percaya, Parti PBB di Negeri Sarawak merupakan parti yang mampu menunaikan hasrat hati rakyat jelata bagi memberikan segala pembangunan, kesejahteraan dan keamanan yang diimpikan untuk dinikmati bersama tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Insya Allah, kita akan dapat berganding bahu dan tenaga bagi mempastikan Negara kita terus aman dan makmur di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Penyudah bicara, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua Pegerakan Pemuda PBB N.68 Bukit Kota dalam apa-apa jua penganjuran yang telah dilaksanakan tanpa mengira masa, wang ringgit, dan tenaga semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

Sekian, Salam Pemuda Boleh!!1Pemuda SerangX3!!!!!

Limbang, Sarawak

Limbang, Sarawak
Bahagian Limbang terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram ( Bahagian Miri) di Selatan, di tengah-tengahnya Daerah Temburong (Negara Brunei) yang membuatkan Bahagian Limbang tersepit . Limbang adalah bahagian ke lima antara sembilan bahagian di Negeri Sarawak. Bahagian Limbang merangkumi dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan Daerah Lawas serta tiga buah daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan dengan keluasan kawasan seluas 7,788.5 km persegi.
No posts.
No posts.